BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 22, 2011

Lelaki kawin dgn lelaki

apa nak jadi dgn dunia skrg....yg islam pn dah pandai langgar hukum...lelaki kawin dgn lelaki...GAY...apalah yg dorang cari tu...org cari pahala...dorang nak cari dosa dan nak cepatkn hari kiamat...astagfirullah...

bukankah lelaki dicipta berpasangan dgn ppuan? alasan naluri dorang...sudahnya org tu tpelajar....hai...dunia2x....kdg2x org tinggi pelajaran pn .....ada yg tdk tpelajarnya...

ramainya ppuan d dunia ni....agaknya hantaran kpd pihak ppuan tlalu tinggi kot...@ ppuan ada yg tinggi jawatan smpai lelaki malu nak pinang...@ ppuan pn dah jadi lesbian....kesian la kalo cm tu...

Interview pelatih baru sesi 1/2012

dlm 2 hari interview ni...ada jg la gelagat yg tertentu...ada yg bw mak....bw bapa....
ada juga la yg tpaksa aku reject sbb bawah umur...iyala..kami terima yg berumur 15 thn ke atas saja...

ada yg gaya2 cm ustaz tp byk soalannya....cm jenis mlawan ckp lg tu...ada yg da ada bisness massage & aromaterapi...

yg ppuan ...ada dtg iview pakai seksi...skali aku tanya ...dah ada anak 6 org dah..ada yg no.ic dan no telefon pn tak tahu..

Wednesday, December 21, 2011

so nice & delicious

layarilah blog ini...nampak sedap cokllatnya & dijadikan door gift time kahwin..

http://inspire-chocs.blogspot.com/

Kata-kata pada hari ini

MONEY IS NOT EVERYTHING BUT EVERYTHING NEEDS MONEY

ha3x...Duit bukan segalanya tp segalanya perlukan duit...iyalah...msk tandas byr 20, 30 sen hingga rm1 kadang2x...air suam d restoran kena byr 3o sen kalo d bandar la...(mungkin d Pekan pn gtu kot?)

so rajin2 la menabung k....bkn apa..skuran-kurangnya bole beli air yg pakai duit pecah tu...ala yg d kedai2 slalu....pas tu tuk bayaran parking keta....byk kegunaan duit sen ni....hah...bt belanja anak ke sekolah......

kdg2 beli barang ...bila nak bayar tauke kedai pla tiada duit kecil nak kembalikan baki...huh...so teramat penting la duit sen ni...sikit2....lama2 jadi bukit...

Monday, December 19, 2011

Kad Memori

napalah ble ada virus kad memori camera t u.... harap2 ada harapanla....sayang sungguh dgn gambar tu....gambar 1 family....i love it....aku mo copy luk gambar tu....jgn corrupted ok.....

Lirik lagu Terasa di Syurga - Sofazr



Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Lirik Lagu Terasa Di Syurga -Sofazr @ Lirikami

Tuesday, December 13, 2011

Sihir..

Membaca tentang sihir untuk pengetahuan dan d/load surah yg bkenaan...Ruqyah Syariah da ada...

Kaedah Merawat gangguan perasaan

sila rujuk blog ini..

http://www.urutbatinrawatsihir.com/

13 Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita

sumber dari: http://strongjohn2u.com/blog/panduan-tips-lelaki-kuat-wanita-hebat/kanser-servik-rawatan-alat-kelamin-peranakan-abdomen-pangkal-rahim-bengkak-menopause-ghairah-antibiotik-panty-liner-keputihan-pundi-kencing-gatal-risiko-jangkitan-kuman-seks-tuala-wanita-haid-pad-tamp/

1. Adalah disyorkan agar kaum wanita membersihkan bahagian luar faraj selepas membuang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang paling sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan ‘tampon’ mereka perlu sentiasa beringat untuk menukarkannya.

3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan akan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada kandungan pewangi serta buih sabun.

5. Pasangan suami isteri diggalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin bagi menjamin kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

6. Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari yang mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

7. Selain dari itu, bengkak nanah juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8. Wanita yang mengalami keputihan pada alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10. Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11. Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

12. Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

13. Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Tuesday, December 6, 2011

Konvo

kalaula aku belajar btul2x d UMS ari tu...mungkin tahun lalu aku dah...KONVO...tapi pa ble bt..aku x dpt angkat pelajaran tu...tp hari sabtu ni Bella akan KONVO ...sebab dia ada ikut program PERMATA..

sedih juga bila last2 kawan aku yg konvo thn lalu 10 org jak dari 19 org ka kalo ndak silap...yg len ada yg bhenti (aku la tu)...ada yg extend...(tangguh)....bila tgk student UMS konvo 26-29 Nov lalu....rs sedih teramat...sambil husband tepuk belakang kasi sabar lg....ish...igt x mo nangis...last2 jatuh jg manik2 jernih...apa pasal laki aku tepuk belakang aku tu ah...aku ni keras ati btul mo nangis...ish2x...tp aku mo anak2 aku nti bila belajar...aku mesti mo tgk dorang konvo...sbb aku konvo d UPM ari tu..no family...dgn kawan2x kolej jak....sodih btul....

Apa nak jadi?

Macam mn ni? ari tu beria-ia mo bt aktiviti kelas...last2 ada yg tarik diri x mo ikut...adakah kerana denda yg diberikan itu...tlonglah pelatih..dont be selfish....apa saya nak cakap dgn pakcik-pakcik tentera tu...

tak kan kerana kamu sakit hati...trus kamu pun sakitkan hati orang yg dah tahu tentang program kita? saya sungguh KECEWA dgn sesi 2/2011 ni...apa kamu igt duit tu kami cikgu2 ni nak makan ka? itu smua tuk urusan pembelian barang makanan dan hadiah ...so apalah gunanya aktiviti tu kalo kamu sendiri yg tdk SUKA LAST MINIT...jgn kerana nila setitik...rosak susu sebelanga....tolonglah .....brp kali suda program ni tertunda...pas tu last2 jadi..tapi kamu yg ENGGAN IKUT? kamu mo bt apa hari Khamis time tu? apalah dosa pelatih tentera tu sama kamu?

SAYA SUNGGUH KECEWA TAPI SAYA SENYUM SAHAJA....TAPI HATI SAYA? ADA YANG MAHU TAHU?

tapi saya hepi bila kenangkan Aktiviti Malangang sesi lalu...very sporting.....dan time tu pelatih tentera juga yg urus....

tak apalah...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini....terima kasihla kerana sanggup kecewakan rakan kamu yang lain ( termasuk guru2x dan tentera yg mungkin sudah sediakan hadiah jaga-jaga untuk kamu).....

Tuesday, November 29, 2011

Hilang

huh...contoh RPK tuk TSK hilang.....benci...mo edit...mesti tunggang langgang...semua mo masa....sedarla wahai pelatih bahawa masa itu amat cemburukan kita...ambil masa yg ada tuk belajar....

Rawatan terkena jangkitan cacing kerawit

Jangkitan cacing ni kalau tak dirawat, ia boleh menyebabkan anda kekurangan darah tau. Sebabnya, cacing akan menghisap darah dalam usus. Lebih teruk lagi, cacing kerawit menjadi penyebab tertinggi terhadap kes kekurangan darah ni berbanding jenis cacing lain.

Kesannya, masalah kurang darah ni akan menganggu tumbesaran dan pembelajaran anak-anak. Kalau dah sampai tahap yang agak serius, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung tu.


Atas kesedaran itu, saya nak kongsi satu petua kesihatan kalau-kalau ada di antara anda yang terkena jangkitan cacing kerawit ni. Bolehlah anda cuba nanti. :)


gambar lobak merah untuk rawatan cacing kerawit

Gambar lobak merah - Wikipedia




Petua yang saya dimaksudkan begini caranya;


1. Ambil sebatang lobak merah.

2. Cuci lobak tersebut sampai bersih dan buangkan kulitnya.

3. Sediakan segelas air masak (agak-agak sesuai kuantitinyanya dengan saiz 1 batang lobak tu).

4. Kemudian, kisarkan lobak merah bersama-sama dengan air masak.

5. Akhir sekali, tapislah air tersebut dan minum.

Amalkan meminumnya 2 kali dalam sehari. Lakukan cara ni sehinggalah pesakit tersebut sembuh.

Sunday, November 27, 2011

Khasiat buah DELIMA

#sumber http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.



Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

MISS??....

ahad (27/11/2011) ..aku ngajar kelas 1Malaysia..ari ni 10 jak yg dtg..

ada 1 org tu..panggil aku Miss...cm lecturer la pula aku rasa...he3x...peserta tu bekas stdnt PTPL....kursus engineering electrical...

aku dulu pn panggil pensyarah UMS aku Miss.....Sir...nama panggilan dorang d U...rindu pula time belajar bah...tp len kali la aku smbg study..x terangkat karang kalo belajar skrg...mn mgajar lg...feningla2x..mn duit yuran lg....$$$$$$$$$.....

Thursday, November 24, 2011

Backstreet Boys - I Want It That Way



lagu time d Kolej lagi...suka3x.....I want it that way..yuhuuuuu...
you are my fire....the one desire...

soledad westlife



kaset & cd WESTLIFE hilang x tau p mn...!!

Wednesday, November 23, 2011

MP3 PENGESAN JIN DAN PENAWAR SIHIR

#sumber dari mp3ruqyah.com

(RUQYAH MP3 20min 5.7MB)

Sila download MP3 file ini dan save kedalam h/p,gadget atau PC dan perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan pejamkan mata.Perhatikan setelah selesai ..

1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar mp3 ruqyah syar'iyah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....



RUQYAH MP3/CD ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita amnya.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayat 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa...Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah,itu suatu petanda dimana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita...InsyaAllah..

Dengan mendengar MP3/CD ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketenangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan







CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH


1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


Tuesday, November 22, 2011

Sterika

Patutla aku nampak tikar getah bilik cam terkupas ni...rupanya kena sterika oleh anak aku...baru perasan tadi waktu mo sterika...

terpaksala kikis dgn sudu permukaan sterika tu...wayar tu pun kena sterika ..nmpak dah wayar d dlm...trus aku seletep (4 safety)...

hai...budak2x kan...aku pn time kecik(mak aku bilang la) suka gunting bunga yg ada d tikar getah...kreatif kan...ha3x...

Thursday, November 17, 2011

Kebaikan Membaca Surah Yasin

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wednesday, November 16, 2011

Kisah Jason Perez memeluk agama Islam

#sumber dari isuhangat.net

Tayangan dokumentari yang bertajuk The New Muslim Cool menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat.Dokumentari tersebut adalah mengandungi pengalaman rohani salah satu rapper negeri itu, Jason Perez – namanya bertukar menjadi Hamza Perez setelah masuk Islam dan pandangannya tentang agama.

Berikut adalah wawancara antara islamicbulletin.com dengan Jason:

Islamicbulletin: Bolehkah anda ceritakan sedikit tentang diri anda?
Jason: Saya lahir di Brooklyn, NY. Saya dibesarkan di sebuah perumahan di seberang jalan masjid. Ibu saya membesarkan saya di sana. Setelah saya besar, kami pindah ke Puerto Rico, dan setelah itu kami pindah ulang-balik antara Massachusetts dan Puerto Rico.

Islamicbulletin: Dapatkah anda menceritakan sedikit tentang pendidikan agama anda?
Jason: Ya, ibu saya Katolik. Tapi, nenek saya di Puerto Rico adalah Pembaptis. Selama sekolah, saya selalu di sekolah Katholik.

Islamicbulletin: Bagaimana anda boleh bertukar menjadi seorang Muslim?
Jason: Saya ada seorang rakan yang bernama Louie Ekuador. Kami membesar bersama, dan kemudian kami terlibat dalam penjualan dadah bersama-sama. Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan.

Meskipun kami berjaya mengumpulkan wang, tidak memberi kami perasaan atau kepuasan kebahagiaan. Satu hari, dia berjalan-jalan ke masjid, dan dia duduk di tangga. Seorang Muslim mendekatinya dan bertanya apa yang dia lakukan di sana dan mula berbicara kepadanya tentang Islam. Dan dia akhirnya menjadi seorang Muslim.

Kami tahu masjid ini kerana kami dibesarkan di jalan, tetapi kami tidak pernah tahu tentang Muslim dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang kami tahu tentang mereka adalah bahawa mereka membunuh kambing. Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat dimana kambing dibunuh. Jadi kita akrab dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Louise berakhir menjadi Muslim dan menghilang diri selama 40 hari. Dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam.

Namanya pun berubah, menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syekh bernama Iqbal. Kami sedang bermain dadu, minum, dan merokok saat itu. Tiba-tiba aku melihat sisi berbeza yang lahir darinya. Dia kelihatan lebih bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. Saya fikir, sesuatu yang serius telah terjadi dalam hidupnya.

Jadi, saya meninggalkan orang lain yang minum dan merokok dan berjalan ke arah mereka. Di sana, syekh bertanya apakah aku percaya bahawa hanya ada satu Allah. Aku berkata, “Ya.” Dan kemudian dia bertanya apakah saya percaya pada Nabi Muhammad. Terus terang, saya tidak pernah tahu tentang Muhammad SAW, tapi saya melihat cahaya dalam karakter dan wajah Luqman teman saya, jadi saya percaya. Semasa itu juga saya minta diajar mengucapkan syahadat, di tepi jalan. Adik saya yang menyaksikan, ikut pula bersyahadat.

Islamicbulletin: Bagaimana reaksi keluarga anda yang memeluk agama Islam?
Jason: Pada mulanya keluarga saya berasa sedih. Tetapi setelah mendapat tahu kami bebas dari dadah dan jauh dari kegiatan berbahaya lainnya, mereka menyukainya. Ibu saya sangat menyokong. Dia berfikir itu sangat positif. Saya pun menjadi lebih ambil berat kepadanya; Saya membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apapun yang dimintanya.
Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah kepadanya. Perubahan dalam diri saya membuat kakak saya menjadi Muslim juga. Kemudian salah satu rakan saya menjadi Muslim. Lebih dari 55 orang yang kami kenali menjadi Muslim.

Kami kembali ke tempat yang sama kita gunakan untuk menjual dadah dan memasang papan tanda yang mengatakan, “HEROIN MEMBUNUH KAMU DAN ALLAH MENYELAMATKAN ANDA!” Jadi, anda tahu, ramai dari mereka dipengaruhi oleh Lokman. Termasuk saya.

T: Apakah anda pernah mendapat masalah dengan penerimaan Islam anda?
Jason: Pada awalnya, kerana saya baru menjadi Muslim, saya fikir saya harus mendengarkan setiap apa yang dikatakan seorang Muslim. Saya benar-benar tidak ada arah . Beberapa orang mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain yang berjanggut panjang dan ‘pakaian aneh’ mereka.

Sampai kemudian di satu titik: mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Aku mulai kehilangan rasa manis yang saya alami ketika saya pertama kali menjadi Muslim. Kemudian saya melewati sebuah transformasi besar; HANYA MELIHAT KESALAHAN DIRI BUKAN KESALAHAN ORANG.

Islamicbulletin: Apakah anda melihat persamaan antara Islam dan agama-agama lain?
Jason: Ya, tentu saja. Ini semua berkair. Saya tahu siapa Jesus, saya melihat gambar yang dikaitkan dengannya, tapi saya tidak benar-benar tahu tentang Jesus selain Natal, dan ayat-ayat yang kita baca diarahkan kepada kita oleh para imam dan pendita. Kadang-kadang saya merasa kini saya menjadi pengikut Kristian dengan cara yang lebih baik setelah saya menjadi Muslim. Isa adalah NabiNya, bukan Tuhan.

T: Apa kesan yang Islam pada kehidupan anda?
Jason: Islam telah membuka mata saya untuk kesalahan saya sendiri. Sebelumnya, saya mempunyai satu perkara yang disebut nafsu. Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam membuat saya sedar bahawa, di jalanan, anda selalu mencari musuh. Dan Islam mengajarkan saya bahawa, dalam perancangan untuk menemui musuh saya, saya harus melihat di cermin. Musuh saya adalah diri saya sendiri; NAFSU SAYA

Tuesday, November 15, 2011

KEK


skrg kebanyakan kek dlm bentuk kek cawan...dgn bmacam-macam bentuk karekter kartun spt Angry Bird...Doraemon dsb...tp aku pndai buat kek coklat kukus jak...

Thursday, November 10, 2011

Tidak Logik

adakah 1 bunkus sayur harga RM 12++...tidak logik betul...tapi itula yg terjadi ketika aku beli barang keperluan rumah semalam...nti pas ni aku mo pergi pasaraya tu untuk berurusan...boleh2x pula harga tu macam harga mo beli sayur tuk buat kenduri....

nasibla aku ternampak resit pembelian tadi subuh....pas2x di lantai...Tuhan nak tunjukkan kebenaran....ble bkin isi minyak bah lebihan duit tu...kepada yg lain...

Pengajarannya: bila lepas beli sesuatu barang...terus check resit...manatau harga barang tak sama dgn harga yg dibayar..

Tuesday, November 8, 2011

Bantal Gelandangan

Kesiannya...di KL ada juga kanak-kanak yg tidur dekat Tong Sampah...sedih jg...janganlah anak-anak di Sabah ada macam tu...pada para ibu bapa...berusahalah menaikkan taraf hidup keluarga..

rujuk
http://www.mazidulakmal.com/2011/11/jika-mereka-anak-kita.html

Monday, October 24, 2011

Pearl Jam - Last Kiss Lyrics

Chorus :
Oh where oh where can my baby be
The Lord took her away from me
She's gone to heaven soI got to be good
So I can see my baby when I leave this world

We were out on a date in my daddy's car
We hadn't driven very far
There in the road straight up ahead
A car was stalled the engine was dead
I couldn't stop so I swerved to the right
I'll never forget the sound that night
The screaming tires the busting glass
The painful scream that I heard last

[Chorus]

WHen I woke up the rain was pouring down
There were people standing all around
Somethign warm flowing through my eyes
But somehow I found my baby that night
I lifted her head she looked at me and said
Hold me darling just a little while
I held her close I kissed her our last kiss
I found the love that I knew i have missed
Well now she's gone even though I hold her tight
I lost my love my life that night

[Chorus]

Woh (x4)
Ohh (x4)

Friday, October 21, 2011

Ada 3 kategori manusia :


BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

ntah...aku tgolong dlm kategori yg mn pada hari ni...rasanya Celaka kot? adalah bbrp kisah sedih yg mlanda dan tdk menyenangkan hati aku...tp apa ble buat...mo crita tp pd sepa? tgulah kalo bff aku dtg nti...

bt ms ni biarlah tsimpan dulu dlm lubuk ati aku....jgn jak la jadi gunung berapi..tgu ms mo meletup....skrg ni pn skt kpala...diam jak lah kan...leher ni pun skt sbb seliuh kali time tidur...


Thursday, October 20, 2011

Brain Dead..

kesiannya bc crita kanak-kanak 2 thn yg dilanggar 2 kali d China...aduh ...luluh ati owh walau anak org len...budak tu disahkan mati otak...dan bharap dgn mesin bantuan utk hidup...parents nya ditanya keputusan s/ada mahu d offkan mesin bantuan utk hidup yg selama ini membantu anaknya tuk bnyawa....kenapalah undang2x d China tu begitu rupa..kalo yg dilanggar tu idup..dorang kena menyara org tu sampai mati...kalo mati pula..paling2x dorang kena byar ganti rugi kalo x silap....tp d mn sikap perikemanusiaan sbg seorang manusia....??

kita nampak kereta langgar kucing pn kita dah marah...apa lagi langgar budak kecil yg x tau apa itu bahaya..teringat pula kes anak ke-2 aku yg penah lari-lari d pasaraya sampai kami jadi panik dia lari p mana...ingatkan lari ke luar pasaraya? last-last kami jumpa terus cubit-cubit....iyalah dari dia ada apa2 d luar tu? kan penah ada kes budak mo kena culik di pasaraya...

dorang larikan budak tu pas tu masuk p tandas...konon mo ubah penampilan budak tu dgn pakaikan rambut palsu..(dorang pengsankan budak tu dulu)...sindiket mo jual budak....

benda sudah terjadi biarlah terjadi...pengajaran kpd smua ibubapa....kalo mo shopping tu...jagalah budak2 dgn bagus..kalo ndak pn kasi tinggal jak dgn ibubapa d rumah...kalo rs plan mo jalan2 dgn budak2x..lupakan shopping...sebab sna jaga anak...cari barang lagi...kalo mo shoping...bawalah org yg boleh tengok-tengokkan anak anda...kita shoping pn kdg2..cari barang tuk anak-anak juga...

kalo bab cari barang yg bkaitan dgn anak...barulah bawa anak..kalo beli barang dapur tu...bawalah assistant tuk jaga anak kita...ingat..anak tu anugerah Allah...kita diamanahkan untuk menjaganya....

Wednesday, October 19, 2011

Malasla dgn perangai sesetengah org

kdg2x gara2x org len...kta yg tkena getah nangka....patut result GCPA dah dibagi dgn aku tuk di key in tp smpai skrg tak ada juga....ntah la bilang sibuk...tp kalo pkir sibuk...smpai esok pn x pandai jg abis sibuk tu....so how...pengurus pn balik2x tgk result GCPA...blm complete....akupn mls mo backup org len..sdiri mo tau la t/jwb msg2...jgn pentingkn diri sdiri....jgn smpai aku mls mo bcakap dgn org tu....minta la tlg dgn org len kalo ndak dpt bt...

b'bulan-bulan da oi..result modul 02 da siap...skrg ni modul len tak tau nak ckp apa? kalo nak harap aku sorang....hei...org pn sibuk jg la....agak-agakla k...

skrg ni pn isi markah amali tuk modul 06...kesian pelatih....tp aku smpan dlm blog ni jak la..sepa yg baca....apa ble bt..think + jak la...

Tuesday, October 18, 2011

Dekat tp Jauh

cm mn tu ah...???

Friday, October 14, 2011

Kurang ajarnya...

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.....sedihnya baca blog org ni..


bkin skt ati jak...menghina Nabi Muhammad sbg babi Muhammad..sewel tul....tp ada jg yg antar komen pedas dlm blog dia ni....dia ni siap hina Al-Quran lagi...

Friday, October 7, 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda

#sumber dari fb: Tatie Binti Anwar -tq

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Letih..

hari ni rs sungguh letih..x pa la..diamkan diri saja....

kemarin ada juga pelatih yg tubal..sudah dikasitau jgn mkn kuaci dlm kelas..ada jg yg masi MAKAN dan SEPAHKAN d lantai + menyusahkan org bt budaya bersih...where's ur attitude...mmg ngam la tu x kna layan time discussion..no respect to other..so ko pn tdk ptt d respect...

2...psl hal belajar ni...pelatih kna try sdiri lepas cikgu da ajar..ini blm lg bt..suda thegeh2 tanya itu dan ini..mana sikap mo bljr tu...jgn la takut bt salah tu..dari salah tu la kamu akan belajar yg betul...DARE TO FAIL la kawan...no body is perfect..yg perfect is Allah..hah dan lagi...bila time bt video tu...tlg la fokus....jgn la kjap men game..pas tu dgr lagu...mcm mn mo cpt ingat..kalo bt benda silih bganti...ingat..tdk semestinya apa yg kamu buat (PELATIH) kawan yg len suka...ada jg yg x suka bising...ketawa kuat2x...dan cuba selidik la sendiri....

3...komitmen....psl ni...smua org pn rasanya mo elak...bila bt keja tu..bagila komitmen penuh..ambil masa yg ada untuk belajar benda yg blm kamu bljar..cikgu pn bkn ble layan semua..so bagi yg pandai tu..sebarkanla ilmu walau sepatah ayat....mana tau nti kamu lupa tp yg diajar tu ingat..so ble mta ajar dgn org tu..jgn lokek ilmu...x baik....

4...jenguk2x la air aircond dlm baldi tu..bila da penuh..jgn buat2x tak nampak...

ini ditujukan khas buat PELATIH TSK SESI 2/2011...

Thursday, October 6, 2011

Petua Murah Rezeki

#sumber dari isuhangat.net

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba…

Monday, October 3, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir

# sumber dari fb

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wednesday, September 21, 2011

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

#sumber dari syok.org.

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ia sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Tuesday, September 20, 2011

Motivasi Diri

Mohd Nor: "Orang yang terlalu memikirkan AKIBAT dari sesuatu KEPUTUSAN atau TINDAKAN, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang BERANI" - Khalifah Ali bin Abi Talib
* sumber dari FB: Motivasi Diri

Thursday, August 25, 2011

Raya owh raya

hari ni 25 Ogos 2011...tgal 4 hari lg raya.....tp persiapan blm siap lagi...esok da start aku cuti..mo belli apa yg patut..supaya time org dtg beraya...smua ada..

Thursday, August 4, 2011

3 Ogos 2011

Pada tarikh ini...pakcik aku (abang mama)meninggal dunia..mula2 aku ndak nangis d rumah arwah..skali bila aku nmpak mayat diangkat tuk dimandikan...secara automatik airmata aku jatuh...dan bila smpai d kubur pn..aku nmpak cucu arwah pun nangis..terikut jg aku nangis...aduh...

sedih sbb ble dikatakan aku rapat dgn arwah...tahun lalu raya smpat lagi bsalam dgn dia....tp tahun ni ndak smpat bsalam raya dgn arwah...aku doakan agar arwah ditempatkan bersama dgn org2 yg beriman....tadi aku nmpak mata mama aku pn sepet..(menangis) sbb itukan abang yg tinggal....skrg tinggallah mak aku sorang ...teda adik beradik....

Tuesday, August 2, 2011

Puasa owh Puasa..

syukur kemarin bjaya puasa 1 hari..tp skrg cuaca panas..dugaan..dugaan..di kala mengajar student baru lagi...tak pa la..yg penting dapat pahala...he3x..

Wednesday, July 20, 2011

Aku tak halalkan....

19 Julai adalah hari yg menguji diriku.....ntahla mungkin Allah nak menguji aku...aku baru terperasan tentang 1 perkara yg aku lupa....ntahla benda ni dah penah berlaku tapi kenapa ia harus berlaku pada aku..

sampai hati orang tu buat dgn aku begitu...dorang tak fikirkah kesan dari perbuatan dorang tu...selain dapat benda tu? ia menyusahkan aku yg telah diamanahkan...(susahla org yg panjang tangan ni)...kalau da dasar anjing (biasa makan tahi) mmg makan tahi la juga..kenapa sanggup nak kencing cikgu hah? Aku berdoa moga hidup org yg panjang tangan tu @ yg msabotaj tu tak tenang dan tenteram...biarlah idup dia tunggang langgang..mcm kapal yg nak karam...selagi dia tak taubat (tak kiralah lelaki ka o perempuan)...benda ni ssh nak dimaafkan...dah dibagi minum air cincin..tak kan tak taubat lagi kot? atau nak tunggu 1 lagi bala besar cam tsunami tu...

tak kan toyol pula nak pjg tgn? biarlah..Allah tu Maha melihat dan tak penah tdur....dari aku..jgn harap la benda yg diambil tu boleh buat kamu kaya...benda yg bkn milik kamu...cis...geram...marah...menyesal...semua ada ...tapi tak da smpai nangis la...ko jak fikir nanti balasan yg sikit2 datang atau bsar yg datang pada pencuri tu....ish..mesti tragis nanti..TUNGGU.....

Monday, June 20, 2011

Mengantuknya..

petang ni ngantuk la...bz jaga ujian tuk pelatih...tp ada jg platih yg meniru....adeh...penat2 aku edit tu soalan...dorang senang jer nak tiru yer....teda usaha langsung kalo cm tu...Nota da dibagi awal....jgn la tiru...
nti tpaksa kurangkn markah HK nti...adeh mata ni cm mo ttutup jer...ngantuk btul ni...aduh..

Hari Bapa

semalam meraikan hari Bapa (mentua) di kg suami...meriah jugalah..apalah mo bagi dgn bapa sya nanti ni ah...mo tgu gaji la dulu...baru best....skrg ni duit sdang mrosot bh....apapn hari2 pn saya sayang bapa sya...u r the best...tgh tanya hadiah apa sesuai tuk bapa..

Friday, June 10, 2011

Kerja paling senang..

adalah KOMPLEN orang...

Wednesday, June 8, 2011

Payudara Bertukar Hitam

#sumber dr Kosmo

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.

Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.

Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah.


#bersyukurla kita di atas pemberianNya...

Tuesday, May 24, 2011

5 account Twitter yang mempunyai followers teramai

#sumber dari isuhangat.net

yang lain boleh rujuk di laman web di atas...

4. Britney Spears (@britneyspears)

743 Tweets
422,916 Following
7,872,499 Followers
100,082 Listed

Wednesday, May 18, 2011

Noor Elena

bikin suspen tul crita dia smlm..balik c Nora dari btemu dgn c Seth...skali dia pulang rumah....c Eid sudah tgu Nora dlm rumah...bdebar jantung..marah2 c Eid dgn Nora...tp dia tak tau crita sbenar...ntah ari ni apa crita nya....patut c Eid tu bsemuka jak trus dgn c Seth...ini salahkan c Nora jak..bila disuruh jumpa...tak mau..

Wednesday, May 11, 2011

Panas2

btul la kan bila kt marah dlm keadaan duduk...ubah keddkn kpd bdiri. sudahla sakit kpala...byk keja lg...aduh ckit lg aku mo jd singa garang ....tiba2 dmam + sakit kpala...sib da mkn panadol...kpala ni bdenyut2...ada org lain kisah? tiada kan....itula lumrah dunia...prihatin dgn org bila perlu....

ntahla kdg2 pelatih bt dek jak dgn arahan yg tlh diberikan...da guna kmudahan....tp x pdai berterima kasih....bila dimarah...mula mjawab + merungut....susah2....harap2 ms dpan dorang tdk jadi rungutn kpd dorang balik....bila d tegur....suruh bt assignment cepat...bt x dgr jak....tak pa la...dlm skema amali...sy ble nilai mn patut sy bg markah lebih....dorang x tau bh kertas yg ada di atas meja sy tu perlu diperiksa...bagi markah....key in dlm laptop....kalo la dorang mo ganti tmpt 'cikgu' kan bgs...

kpd pelatih2...timbang rasa la dgn orang lain....kamu tu stakat terima arahan + buat...markah cikgu mo bagi pun tpaksa dibuat ptimbangan disebabkan sikap kamu yg tidak menyenangkan hati cikgu kamu....kamu mahukah 'HARI TANPA BELAJAR'.so fikirla sendiri....matangkan diri....jgn tgu mo disuap saja...nti org akan fed up dgn 'SIKAP KAMU'.

Denyut

kpala bdenyut-denyut....mcm mo demam jak ni...tonsil pn mcm mo sakit...

Thursday, May 5, 2011

register domain

ari ni aku try lg cara register domain tuk lmn web pcubaan aku...kt dlm ms 48 jam br dpt....mo transfer fail guna ftp....(domain d co.cc)...pning2 lg kpala aku ni.....hrp2 platih adalh yg dpt bantu....kalo tdk...tpksa skip mo upload...sshnya bg aku yg ma c blur ni...igt pla time bljr bt blog....tp tu usaha dgn uncle Azman br dpt....sepala yg ble bantu....esk aku cb lg la..

Thursday, April 28, 2011

dUIT gaji Lum MasUK

.ari khamis masih blm msk gaji....td br check email giat...ada maslh teknikal konon...esk br msk....
kalo ndak msk...pa la mo bkin shoping...tpksa pkai duit hubby luk...mo tkar la tu tmpt msk duit..
p mana ya.CIMB kot..

Tuesday, April 26, 2011

Akibat tidak mahu perut boroi

*sumber dari kosmo.com.my


Mangsa menunjukkan parut kekal pada bahagian perutnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan boroi akhirnya membawa padah.

Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal.

Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009.

Monday, April 18, 2011

Semacam

Ntah knapa tiba2 aku tkenang seseorang....mcm aku ni ada bt salah....hurm....tp aku harap dia tenang di 'sana'...masing2 pn penah bt silap...tp kpala aku mcm skt pla..mo tdr mls...nti mlm x dpt tdr....
ari sabtu jln2 p kk...bli brg tp ckit saja...ntila bbelanja....bilalah hasrat ati ku ni bjaya...ntahla....tp ku mo tdr skrg ni...low bat da kpala aku...argh...

Wednesday, April 13, 2011

7 "C" PENYEBAB SUAMI BENCI ISTERI

* sumber dari motivasiustazrock.blogspot.com#

Salam...
Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri...lagi
C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...
C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...
C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

wallahualam

Tuesday, April 12, 2011

esok ujian 09.02 & 09.03...perancangan tuk esok....

tp kebanyakan blog yg sy buka semua slow....tlalu byk animasi bah..

Monday, April 11, 2011

Chat Box

ari ni ilmu baru...bt chat box di blog sdiri...d Xat.com....tuturial ada d blog c Apis (tomuchmilk.blogspot.com)..tq Apis..tp

harus sy akui sesi ni pelatih tlalu kreatif dan lebih advanced....bagus2...tp yg ndak bestnya...tlalu byk animasi (benda yg bgerak2 hingga mbuatkn blog become slow and slow)..kurang2 kan la yer benda yg bgerak2 tu...nti blog anda jg not interested la pulak...dan 1 lagi...rajin2 kan la diri anda komen blog kawan...mn2 link yg silap tu perbaiki ok..sedia la fizikal dan mental tuk blajar bt video ptg ni....syok tu...

Friday, April 8, 2011

Jumaat petang ujian

jam 2.00 pm...ujian modul 09 (09.01...Perisian tembok api)....jadi jgn lewat k....

mgu dpan....sedia tuk ujian modul 09.02 & 09.03 termasuk ujian PAM Amali modul 06...install antivirus ...ms office dan 7 zip....hargai masa yg ada....kalo ble...korban ms rehat jumaat yg panjang ini....bagi yg lelaki (jgn lupa solat Jumaat)...he3x.....

nti hantar kertas A4 kosong dgn saya...mo print nota modul 12 (cg zai yg akan ajar kamu)...
itu jak la...

Thursday, April 7, 2011

For TSK student

Buat latihan tuk Modul 06...install tu Avast, Ms Office...dan 7-Zip....saya tidak mahu ada pelatih yg masih tdk tahu install....yg tidak tahu...tanya pd yg tahu....sy tidak mahu dgr alasan tdk tahu install....dan buat keja dgn senyap.....nti pas rehat jam 10.30 am...saya akan buat Ujian PAM modul 06....kalo boleh bg Avast...saya mahu tempoh sah dalam 1 tahun....lengkapkan no serial gunakan email peribadi anda...

Sunday, April 3, 2011

Blog yang tdk dpt antar komen

1. Fatimah
2. Menah
3.Sufi(blog slow sbb byk animasi)

Thursday, March 31, 2011

Flight To Tawau

esok jam 7.00 am penerbangan ku p Tawau....pas tu p Semporna 4 hari 3 mlm d sna...ari Isnin petang br balik....Taklimat SPMa.....td p beli brg keperluan yg penting....kalo kamu mo jln jauh (tdk kira la flight ka/ pakai keta ka/ bas ka) pa benda penting yg kamu bawa?

Wednesday, March 30, 2011

Tugasan kpd pelatih TSK

post dalam blog masing2 tentang perbezaan Windows XP dengan Linux Mint....saya mahu perbandingan dilakukan dalam bentuk Table(jadual)...so buat ...

Ajar pelatih sesi 1/ 2011 buat Blog

hari ni 30/3/2011- ajar pelatih bt blog dan jaga ujian Amali pelatih tuk Modul 05

Monday, March 28, 2011

Anak kucing mati

Sedihnya aku kemarin..sbb anak kucing yg br dilahirkan mati ke empat-empatnya. ini disebabkan kucing jantan cuba nak makan anak kucing tu....ada 1 tu basah kpala dia...kali masuk da kali dalam mulut kucing jantan tu...tapi mak kucing tu pertahankan anaknya..jadi anak kucing tu masih sempurna dlm keadaan mati...ada yg warna kuning tu ada bekas gigitan d rusuk dia...

kurang ajar tul kucing jantan tu...mak kucing tu macam ndak keruan pas anak dia aku ambil..aku pun takut juga....mana tau kepala anak kucing tu teda ka...apakah....aku panggil anak buah aku tp ndak dengar(ada tugas lain)...terpaksalah aku beranikan diri....

tapi dia jugala yg kasi kubur...mak kucing tu sampai kejar aku ..dia ingat aku larikan anak dia....petang2 tu memang dia ndak keruan...kjap p stor tmpt kucing tu lahirkan anak kjap p rumah....tp smlm dia tdur d rumah...kali kucing tu tau yg anaknya da mati.....kesian bah...

Tuesday, March 22, 2011

Why ni selesema ndak pandai baik2

setelah bcuti 1 mgu...bila time da turun keja...sakit la pula...selesema....bila dihembus2...masih ingus tu tidak kluar2.....harap2 perkara ni tdk blanjutan..tdk selesa ow....bikin cpat lapar.....

dan 1 hb 4 dijangka p Semporna (ada taklimat psl program 1Malaysia). mengajar org luar yg berumur 15 thn ke atas psl asas perisian Ms Office...bt rangkaian dan internet(jika berkenaan)...itu yg kena bagi taklimat seluruh T/Pengajar GM Sabah...tp itula 5 hari sehingga 5 hb April....k la tu drp d KL....

Wednesday, March 9, 2011

Remaja Bina Supermarket Jenayah Cyber Ditangkap

*sumber dari isuhangat.net

Photobucket

Remaja di Britain dihukum penjara lima tahun kerana membuat forum untuk penjenayah cyber. Forum itu menyediakan tips dan alat untuk melakukan jenayah online.

Forum Ghostmarket.net yang dikelolakan oleh Nick Webber itu telah mempunyai lebih dari lapan ribu ahli. Forum yang mengandungi maklumat jenayah cyber serius seperti penjualan maklumat kad kredit yang dicuri dan maklumat peribadi. Forum tersebut menjadi syurga penyangak cyber seperti hacker dan scammer.


Webber yang pernah ditangkap pada 2009 itu mengaku bersalah atas penipuan itu. Polis menemui maklumat kad kredit milik ribuan mangsa. Menurut The Register, Webber ditangkap ketika mencuba menggunakan kad kredit curi untuk membayar kos penginapannya di hotel.

Nick Webber sangat pakar dengan komputer dan website sehingga dia mampu menyewa pelbagai hotel 5 bintang penthouse suite yang berharga £1,600 semalam hasil dari jenayahnya.

Anggota forum tersebut dilaporkan telah mencuri $12-$20 juta (RM36-RM60 juta) dari individu dan bank yang sedang beroperasi. Mahkamah menggambarkan forum itu sebagai ‘supermarket’ bagi para penjenayah cyber yang bertindak sebagai tempat perdagangan barang-barang curi.

Selain Webber, yang mengaku bersalah atas konspirasi penipuan itu adalah Gary Kelly dari Manchester. Kelly juga dijatuhi hukuman lima tahun penjara.


* dorang ni senang2 jer nak kebas kemewahan orang...Nak jadi senang dalam sekelip mata...tapi itulah...sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juga..Bukan senang nak jadi senang ni...kena berusaha...

Wednesday, February 23, 2011

22 Feb 2011

Tarikh di atas..genaplah usia aku 30 thn...mcm skejap jak ms blalu...tanpa disedari...ntahla semua org wish hepi bday tp ada org yg lupa bday aku...VIP...tapi ndak apalah....sama ada btul2 lupa atau apa....to all TSK student...T/P dan tidak lupa kpd Pengurusku(yg sponsor kek)...terima kasih banyak2....krn mengembirakan sy pada tarikh ini....mudah2an....Allah jua yg mbalas kegembiraan yg telah kamu berikan sempena hari lahir sy.....sebenarnya sy tidak pernah lupa pada tarikh ini....
Tarikh saya telah dilahirkan pada 22 Feb 1981...walau sibuk dgn tugas melayan karenah pelatih yg banyak kemuskilan...he3x...
Doa saya....mudah2an kami thindar dari sikap PHD org luar mahupun dalam....tak baik tau....nti gelap ati tu....diberikan kesihatan yang baik(maklumlah sy ni ada sejarah penyakit)....diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t dalam kehidupan....dimudahkan segala urusan harian..dijauhkan dari rasa susah hati...dan perkara2 negatif....AMIN...
"Bukan senang untuk jadi senang, bukan susah untuk jadi susah".

"Imu yang tidah diamalkan bagaikan pohon yang tidak berbuah"...jadi kalau dah pandai tu...ajarlah org lain supaya ilmu itu lebih tersebar....kan bagus kalau semua org tahu dalam hal2 ilmu...

Tuesday, February 1, 2011

Great time

Petang kelmarin, pas dari keja....husband bw aku dan anak2 p mkn d Mc D....hu3x..gembiranya..rancangan telah dirancang dari awal..

pas makan2, p Giant Kolombong...bw anak2 p playground d sana..seronoknya mereka....abah dorang men ambil patung di mesin tu...tapi Bella jak yg dapat..si An ndak dapat..lebih RM 5 pn masih ndak dapat....so unlucky....sedih gak la tp ndak kan mo abiskn duit tuk tu..pas tu balik..cian bah An ndak dpt patung...

Bella cuti 1 minggu start kelmarin..kira mo antar p rumah mentua petang ni..kesian mentua aku tda kawan....

apalah aku mo buat time cuti CNY nti ni? husband pn keja...mo jln2 teda keta...mo tgk bj d .....mn tau ada yg menarik tp murah...jimat kos..

aduh...kpala masih berat..gara2 mkn ubat selesema semalam..rasa mcm mo uzur..mood pn kurang....mslh wanita.....

tp yg pasti mo tgk CJ 7 ari Khamis jam 10 mlm d TV3...kalo ada Kungfu Hustle lagi kan best...tp thn lalu da keluar..

Friday, January 28, 2011

Gelisah

hati gelisah...ndak tau pa sebab....mcm ndak sedap hati....hari ni pn tidak ceria....ntah cm mn dgn hari esok...

Monday, January 24, 2011

Keindahan matematik

* sumber dari isuhangat.net

Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%

Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Thursday, January 13, 2011

x puas ati

napa kita kadang2 tidak puas hati? kadang2 kita pn perlu difahami dan memahami...tapi kalo asyik kita saja yang mengalah....seksa juga jiwa kan....huh....macam2

Monday, January 10, 2011

Kenapa?

1.Kenapa orang suka buang masa?
2.Kenapa laut/sungai minta mangsa terutama pada hujung tahun?
3.Kenapa manusia malas?
4.Kenapa manusia selalu tidak puas hati, cepat mengamuk/ marah??
5.Kenapa manusia pentingkan hiburan?
6.Kenapa bila kita berjauhan dgn seseorang baru kita terasa memerlukannya, padahal bila dekat...buat tidak tahu sahaja?
7.Kenapa orang suka Facebook?
8.Kenapa manusia cepat rasa bosan?
9.Kenapa kita kadang2 menyalahkan takdir Allah?
10.Kenapa kita takut untuk GAGAL? sedangkan dari kegagalan barulah datang idea yg bernas.

wah....ari ni saya dah dapat 10 persoalan yg relevan berkaitan dgn KENAPA?

Jutawan-jutawan internet muda di dunia

* sumber://isuhangat.net

Siapa yang menjadi kaya raya sebelum berumur 30 tahun. Era teknologi maklumat membuatkan ramai pemuda pintar mendadak popular dan menjadi kaya raya.

Data dari Complex mengumpulkan 10 anak muda yang berjaya menjadi jutawan internet sebelum berumur 30 tahun.

1. Aodhan Cullen, 27 tahun, Statcounter, $18 juta dollar.

Photobucket

Dia banyak amal dengan membuat website statisik untuk mencatat pengunjung blog dan website. Memiliki 1.5 juta ahli.