BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 31, 2011

Flight To Tawau

esok jam 7.00 am penerbangan ku p Tawau....pas tu p Semporna 4 hari 3 mlm d sna...ari Isnin petang br balik....Taklimat SPMa.....td p beli brg keperluan yg penting....kalo kamu mo jln jauh (tdk kira la flight ka/ pakai keta ka/ bas ka) pa benda penting yg kamu bawa?

Wednesday, March 30, 2011

Tugasan kpd pelatih TSK

post dalam blog masing2 tentang perbezaan Windows XP dengan Linux Mint....saya mahu perbandingan dilakukan dalam bentuk Table(jadual)...so buat ...

Ajar pelatih sesi 1/ 2011 buat Blog

hari ni 30/3/2011- ajar pelatih bt blog dan jaga ujian Amali pelatih tuk Modul 05

Monday, March 28, 2011

Anak kucing mati

Sedihnya aku kemarin..sbb anak kucing yg br dilahirkan mati ke empat-empatnya. ini disebabkan kucing jantan cuba nak makan anak kucing tu....ada 1 tu basah kpala dia...kali masuk da kali dalam mulut kucing jantan tu...tapi mak kucing tu pertahankan anaknya..jadi anak kucing tu masih sempurna dlm keadaan mati...ada yg warna kuning tu ada bekas gigitan d rusuk dia...

kurang ajar tul kucing jantan tu...mak kucing tu macam ndak keruan pas anak dia aku ambil..aku pun takut juga....mana tau kepala anak kucing tu teda ka...apakah....aku panggil anak buah aku tp ndak dengar(ada tugas lain)...terpaksalah aku beranikan diri....

tapi dia jugala yg kasi kubur...mak kucing tu sampai kejar aku ..dia ingat aku larikan anak dia....petang2 tu memang dia ndak keruan...kjap p stor tmpt kucing tu lahirkan anak kjap p rumah....tp smlm dia tdur d rumah...kali kucing tu tau yg anaknya da mati.....kesian bah...

Tuesday, March 22, 2011

Why ni selesema ndak pandai baik2

setelah bcuti 1 mgu...bila time da turun keja...sakit la pula...selesema....bila dihembus2...masih ingus tu tidak kluar2.....harap2 perkara ni tdk blanjutan..tdk selesa ow....bikin cpat lapar.....

dan 1 hb 4 dijangka p Semporna (ada taklimat psl program 1Malaysia). mengajar org luar yg berumur 15 thn ke atas psl asas perisian Ms Office...bt rangkaian dan internet(jika berkenaan)...itu yg kena bagi taklimat seluruh T/Pengajar GM Sabah...tp itula 5 hari sehingga 5 hb April....k la tu drp d KL....

Wednesday, March 9, 2011

Remaja Bina Supermarket Jenayah Cyber Ditangkap

*sumber dari isuhangat.net

Photobucket

Remaja di Britain dihukum penjara lima tahun kerana membuat forum untuk penjenayah cyber. Forum itu menyediakan tips dan alat untuk melakukan jenayah online.

Forum Ghostmarket.net yang dikelolakan oleh Nick Webber itu telah mempunyai lebih dari lapan ribu ahli. Forum yang mengandungi maklumat jenayah cyber serius seperti penjualan maklumat kad kredit yang dicuri dan maklumat peribadi. Forum tersebut menjadi syurga penyangak cyber seperti hacker dan scammer.


Webber yang pernah ditangkap pada 2009 itu mengaku bersalah atas penipuan itu. Polis menemui maklumat kad kredit milik ribuan mangsa. Menurut The Register, Webber ditangkap ketika mencuba menggunakan kad kredit curi untuk membayar kos penginapannya di hotel.

Nick Webber sangat pakar dengan komputer dan website sehingga dia mampu menyewa pelbagai hotel 5 bintang penthouse suite yang berharga £1,600 semalam hasil dari jenayahnya.

Anggota forum tersebut dilaporkan telah mencuri $12-$20 juta (RM36-RM60 juta) dari individu dan bank yang sedang beroperasi. Mahkamah menggambarkan forum itu sebagai ‘supermarket’ bagi para penjenayah cyber yang bertindak sebagai tempat perdagangan barang-barang curi.

Selain Webber, yang mengaku bersalah atas konspirasi penipuan itu adalah Gary Kelly dari Manchester. Kelly juga dijatuhi hukuman lima tahun penjara.


* dorang ni senang2 jer nak kebas kemewahan orang...Nak jadi senang dalam sekelip mata...tapi itulah...sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juga..Bukan senang nak jadi senang ni...kena berusaha...