BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 9, 2011

Remaja Bina Supermarket Jenayah Cyber Ditangkap

*sumber dari isuhangat.net

Photobucket

Remaja di Britain dihukum penjara lima tahun kerana membuat forum untuk penjenayah cyber. Forum itu menyediakan tips dan alat untuk melakukan jenayah online.

Forum Ghostmarket.net yang dikelolakan oleh Nick Webber itu telah mempunyai lebih dari lapan ribu ahli. Forum yang mengandungi maklumat jenayah cyber serius seperti penjualan maklumat kad kredit yang dicuri dan maklumat peribadi. Forum tersebut menjadi syurga penyangak cyber seperti hacker dan scammer.


Webber yang pernah ditangkap pada 2009 itu mengaku bersalah atas penipuan itu. Polis menemui maklumat kad kredit milik ribuan mangsa. Menurut The Register, Webber ditangkap ketika mencuba menggunakan kad kredit curi untuk membayar kos penginapannya di hotel.

Nick Webber sangat pakar dengan komputer dan website sehingga dia mampu menyewa pelbagai hotel 5 bintang penthouse suite yang berharga £1,600 semalam hasil dari jenayahnya.

Anggota forum tersebut dilaporkan telah mencuri $12-$20 juta (RM36-RM60 juta) dari individu dan bank yang sedang beroperasi. Mahkamah menggambarkan forum itu sebagai ‘supermarket’ bagi para penjenayah cyber yang bertindak sebagai tempat perdagangan barang-barang curi.

Selain Webber, yang mengaku bersalah atas konspirasi penipuan itu adalah Gary Kelly dari Manchester. Kelly juga dijatuhi hukuman lima tahun penjara.


* dorang ni senang2 jer nak kebas kemewahan orang...Nak jadi senang dalam sekelip mata...tapi itulah...sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juga..Bukan senang nak jadi senang ni...kena berusaha...

0 comments: